Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

Sempatkan Waktu

Perginya Seorang Penggerak Wanita

Bersatu, Kita Jaga Komuniti

Tindakan Segera, Demi Keselamatan Komuniti

Ziarah Kasih Kukusan

Ibu-Ibu Yang Saya Sayang

 Wanita Benteng Ummah

Bulan Ramadan yang penuh barakah ini, saya telah merasmikan Majlis Tadarus serta Khatam Al-Quran 2026 anjuran PKNT Nur Kasih Tawau.

Program ini sangat dekat dengan peranan wanita sebagai pendidik ,bukan hanya di sekolah dan institusi pendidikan awal kanak-kanak, tetapi juga sebagai guru pertama di rumah.

Dari tangan seorang ibu dan guru wanita, lahir generasi yang mengenal huruf-huruf Al-Quran sejak kecil.

Apabila wanita memimpin tadarus dan memakmurkan masjid, mereka sedang membina asas rohani anak-anak dan masyarakat.

Semoga Ramadan ini menguatkan lagi peranan wanita sebagai pendidik ummah, dan setiap bacaan menjadi cahaya untuk keluarga dan generasi akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.