Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

 Majlis Penutupan Minggu Promosi Kesihatan Pergigian 2026 Peringkat Negeri Sabah

Hari ini saya mewakili Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Datuk Julita Majungki, bagi menyempurnakan Majlis Penutupan Minggu Promosi Kesihatan Pergigian 2026 Peringkat Negeri Sabah di Peranauan Inn D’Sangkir Kota Belud.

Bertemakan “Tiada Kesihatan Tanpa Kesihatan Pergigian”, program ini menjadi platform penting dalam meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan penjagaan kesihatan mulut serta menggalakkan amalan pemeriksaan pergigian secara berkala demi kesejahteraan bersama.

Tahniah dan syabas kepada Bahagian Kesihatan Pergigian Jabatan Kesihatan Negeri Sabah, Pejabat Kesihatan Pergigian Kawasan Kota Belud serta semua pihak yang telah menjayakan program ini. Semoga usaha berterusan ini dapat melahirkan rakyat Sabah yang lebih sihat dan sejahtera.

Turut hadir YB Datuk Fairuz Renddan, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap ADUN N.07 Pintasan, Dr. Thaddius Herman Maling, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Pergigian) Sabah, serta para tetamu kehormat yang lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.