Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma DUN Kukusan

KAMI meneruskan program pemeriksaan kesihatan percuma menerusi Program Ziarah Harapan Kasih Kukusan 5.0 di Kg Sentosa Blok 5, hari ini.

Alhamdulillah, dianggarkan lebih 100 penduduk hadir melakukan pemeriksaan kesihatan percuma termasuk pemeriksaan gigi untuk kanak-kanak dan kempen derma darah untuk Tabung Darah Hospital Besar Tawau.

Turut hadir bekerjasama beberapa agensi seperti YAPIEM, JKM, dan ramai lagi yang turut menawarkan perkhidmatan mereka kepada orang ramai.

Terima kasih kepada KKM menerusi Pejabat Kesihatan Daerah Tawau yang tanpa jemu bersama-sama kami menjayakan program ini.

Begitu juga UPPM N.70 Kukusan , Parti Harapan Rakyat Sabah , Skuad Wanita Harapan SWAH , Belia Tempur, dan Persatuan Jalinan Kasih Harapan Rakyat Sabah.

Selepas ini kita akan ke area Banyan pula.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.