Program Penyerahan Bantuan Wang Ihsan Kerajaan Negeri Sabah

SERAMAI 45 buah rumah yang musnah 100% akibat kebakaran di Kg Tanjung Batu Keramat ( Logpond ) menerima bantuan pembelian bahan binaan bernilai 20 ribu(setiap rumah) daripada kerajaan Negeri Sabah, manakala 7 buah rumah yang terbakar separuh menerima 10 ribu(setiap rumah) Pengumuman ini dibuat oleh Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor ketika lawatan kerja pagi tadi.

Tambahan lagi, Ketua Menteri Sabah YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor juga menyantuni mangsa dengan memberikan bantuan wang tunai bernilai RM3000 masing-masing kepada 72 KIR. Bantuan ini terdiri daripada Bantuan Wang Ihsan bernilai RM1000,sumbangan Yayasan Kebajikan Negeri Sabah RM700, Sumbangan Perbadanan Baitulmal Negeri Sabah RM300, dan Bahagian Zakat Majlis Ugama Islam Negeri Sabah RM1000.

Saya turut bersama-sama menyaksikan pemberian bantuan ini pagi tadi. Semoga dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa. Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Sabah di bawah kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor atas keprihantinan ini.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.