Rebut Peluang & Manfaat Yang Disediakan Oleh Pihak Kerajaan

Sekitar Majlis Perasmian & Pelancaran Program Jerayawara Kerjaya & Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah Zon Utama Perkeso Sabah 2023.

Majlis telah disempurnakan oleh YB Pn Rina Binti Hj Jainal, Setiausaha Politik Menteri Kewangan Negeri Sabah Merangkap Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah & Adun N70 Kukusan.Turut serta hadir bagi memeriahkan majlis di program Kerjaya ini Dr Mohd Ali Bin Hindia Pengarah Perkeso Negeri Sabah, Tuan Joseph Emanuel Pengurus Pejabat Perkeso Tawau.

Lebih 2,000 peluang pekerjaan ditawarkan kepada pencari kerja dengan penglibatan daripada 17 majikan. Karnival yang dianjurkan ini merupakan usaha kerajaan yang berterusan dalam memastikan pencari kerja termasuk golongan rentan di negeri Sabah khasnya di daerah Tawau dan sekitarnya mendapat peluang pekerjaan sekali gus menangani isu pengangguran dan kehilangan pekerjaan yang dialami oleh rakyat berikutan pandemik COVID-19 yang melanda Malaysia sebelum ini.

Penganjuran Program Jerayawara Kerjaya dan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah PERKESO 2023 ini merupakan kesinambungan daripada program sebelumnya yang telah diadakan pada bulan Disember 2022 di daerah Menggatal dan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 11 dan 12 Februari yang lalu. Kini, penganjuran program menjadi lebih menarik dan istimewa melalui siri jelajah ke lima buah daerah bermula di Keningau, Tawau, Semporna, Sandakan dan bakal berakhir di Kota Kinabalu. Tahniah diucapkan kepada PERKESO atas inisiatif ini.

YB Rina dalam ucapannya “menyeru kepada semua para suami untuk melaksanakan tanggungjawab anda untuk mencarumkan suri anda menerusi Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) ini. Di samping itu, saya mengharapkan jasa baik pemimpin masyarakat, wakil rakyat, NGO, swasta dan sebagainya yang memiliki kemampuan dan peruntukan untuk turut sama menyokong perlaksanaan perlindungan SKSSR melalui tajaan kepada golongan sasar masing-masing”.

YB Rina turut menyampaikan surat tawaran pekerjaan kepada Adik Nur Fazerah Badarisham & Adik Mohammad Hakimi Rozaimi yang telah berjaya mendapatkan pekerjaan di Sabah Softwood SDN Bhd. YB turut menyerahkan Bakul Bantuan Suri Rumah kepada peserta yang terpilih. Program hari ini menyasarkan golongan Suri Rumah selain para pencari kerja. Program berlangsung dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.