

Petang tadi saya menerima kunjungan hormat daripada pihak Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) Negeri Sabah.
Dalam pertemuan ini, kami turut berbincang dan bertukar pandangan mengenai beberapa usaha kebajikan, termasuk Program Malaysia MADANI dan Sabah Maju Jaya sempena Bulan Infak YAPEIM yang akan diadakan di Tawau pada November nanti.
Kami juga membincangkan ruang kerjasama yang boleh diterokai pada masa akan datang, supaya lebih banyak inisiatif dapat dilaksanakan bersama dan manfaatnya dapat dirasai oleh masyarakat, khususnya mereka yang memerlukan.
Terima kasih YaPEIM Sabah atas kunjungan dan perkongsian petang ini. Mudah-mudahan pertemuan ini membuka lebih banyak ruang untuk kita bekerjasama dan berbuat sesuatu yang baik untuk rakyat Sabah amnya dan penduduk Kukusan khasnya.