Rumah Pernah Saya Lawati Di Kg Muhibbahraya Ranap Dijilat Api

Innalillahiwainnailaihirojiun, sebuah rumah yang pernah saya lawati di Kg Muhibbahraya ranap dijilat api. Saya dimaklumkan pihak bomba masih sedang berusaha memadamkan kebakaran.

Api marak terlalu cepat hingga tiada barang yang dapat diselamatkan. Semoga keluarga mangsa bertabah akan dugaan ini.

Ketika melawat tempat kejadian, api sudah berjaya dipadamkan. Rumah warisan keluarga peninggalan orang tua saudari Dayang teman sekolah saya di menengah dulu, sayu hati menerima dugaan.

Abg Azhari yang tinggal di rumah ini bersama keluarganya sedang berada di hospital menerima rawatan ditemani oleh isterinya, Kak Nora. Semoga semuanya baik-baik saja.

Melawat keluarga abg Azhari dan kak Nora sebelah lewat petang semalam. Ahli keluarga dan jiran tetangga masing-masing turut hadir memberi sokongan. Semasa di sana, seorang jiran datang membawa satay untuk hidangan.

Saya turut membawa sugar cookies dan sedikit sumbangan tunai keperluan meringankan beban bencana yang dihadapi.Semoga di sebalik kejadian ini terselindung hikmah yang nikmat insyaAllah.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published.