Keriangan Syawal Saya

Bila berada di pengakhiran Syawal ramai mengambil peluang untuk menganjurkan rumah terbuka. Alhamdulillah dalam kesempatan beraya, saya ditemukan dengan insan-insan yang saya tidak menyangka dapat ketemu tanpa dirancang.

Adik Izat mempunyai ingatan yang kuat meski dalam pertemuan singkat beberapa tahun lalu sebelum saya bergelar wakil rakyat. Dia melambai-lambai seperti mengenali saya, ya Allah patutlah bila lihat Izat rasa sangat kenal tapi tidak pasti di mana.

Akhirnya, keluarganya sendiri mengingatkan saya pernah melawat Izat di rumah mereka di Tg Batu Tengah cuma masa itu nenek Izat yang menemani kerana kedua-dua ibu bapanya keluar berniaga.

Kak Bonga Ladaleh yang saya temui di Kg Pasir Putih, juga adalah antara yang saya tersentuh dapat berjumpa. Beberapa tahun lalu, saya melawat beliau terlantar sakit berbulan-bulan menderita penyakit yang tidak diketahui punca.

Bila melihat Kak Bonga sihat ceria seperti biasa, rasa bersyukur dengan sebaik-baik perancangan Allah SWT.

Alhamdulillah dengan nikmat kesihatan yang diberikan, semoga semuanya baik-baik sahaja.

RJ
ADUN N70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.