Edit Content

Selamat Pengantin Baharu

Beban Ibu Bapa Jadi Ringan

Jaga Kanak-Kanak Tanggungjawab Bersama

Keperluan Depo Logistik Bencana Di Tawau

Dapur ke Dapur bersama Wanita Kampung Gabungan, Muhibbah Raya

Rina Jainal Umum Letak Jawatan, Kekal Berjuang Di Kukusan

Rina Pertikai Tindakan PHRS, Dakwa Dihalang Jadi Calon Kukusan

Lepak Santai Bersama Belia Kukusan (Vol. 2)

Salam Takziah Kepada Keluarga Allahyarham Ajesman Bin Tangsi

Lepak Santai Bersama Belia Kukusan

 Sabah Rekod Tertinggi Jualan Borang Pencalonan PRU-15

HARI ini penamaan calon bagi PRU-15. Sebanyak 716 borang pencalonan calon parlimen telah terjual di Sabah, menjadi rekod tertinggi jauh meninggalkan negeri lain, diikuti Perak hanya 326.

Adakah kita boleh berbangga dengan jumlah tertinggi ini untuk 25 kerusi Parlimen di Sabah?

Parti politik sebenarnya memainkan peranan besar dalam memilih calon yang sesuai untuk bertanding. Berhentilah meletakkan calon atas dasar ‘cable’ atau pilih bulu disebabkan kroni dan boleh ‘diatur’.

Jangan hidangkan orang Sabah dengan calon yang tidak berkualiti. Letak calon yang benar-benar berkemampuan berkhidmat untuk rakyat dan memajukan negeri ini.

Ramai rakyat yang mengeluh kerana tidak mempunyai pilihan terbaik dalam pemilihan calon, apabila calon-calon yang ‘dihidangkan’ parti diketahui tidak boleh bekerja.

Malah ada calon yang asing dan tidak dikenali sebelum ini, hanya muncul ketika diumumkan oleh parti sahaja.

Bagi orang Tawau dan Kalabakan, mereka telah membuktikan memilih calon bukan atas sebab parti sahaja, tetapi lebih kepada kebolehannya bekerja untuk rakyat.

Selamat maju jaya Sabah.

RINA HJ JAINAL
TIMBALAN PRESIDEN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH
merangkap ADUN N70 KUKUSAN

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.