





Seronok dapat bersama warga emas dan para sukarelawan belia dalam Program RHTYM-RITMA Kehidupan Harmoni Sukarelawan Belia Dalam Perkhidmatan Kebajikan Program Sihat Warga Emas pagi tadi.
Kerajaan Negeri Sabah terus memberi perhatian kepada kebajikan warga emas dengan menyediakan RM5 juta bantuan untuk golongan ini.
Suasana pagi tadi memang meriah. Ada senamrobik, ada karaoke dan masing-masing nampak begitu bersemangat. Nampaknya warga emas kita masih kuat semangat, sampai mikrofon pun belum tentu mahu dilepaskan. ![]()
Dalam kesempatan ini, saya turut menyumbangkan RM5,000 kepada PAWE bagi menyokong aktiviti dan program untuk warga emas.
Bagi saya, warga emas perlu terus diberi ruang untuk aktif, berkawan dan menikmati kehidupan. Dalam masa yang sama, penglibatan anak-anak muda sebagai sukarelawan juga penting supaya hubungan antara generasi terus terjalin.
Kita jaga warga emas bukan hanya dengan bantuan, tetapi juga dengan perhatian, masa dan kebersamaan.
Yang penting, terus sihat, terus aktif dan terus ceria.