Sumbangan Untuk  Seorang Wanita Mengandung Di Kawasan Hilltop.

Jumaat lalu, saya menerima kiriman whatsapp Saudara Anchok, tangkap layar facebook seorang wanita mengandung yang tinggal di kawasan Hilltop.

Tersentuh hati, apabila membaca status yang dimuatnaik hanya mahukan pakaian bayi terpakai untuk bayi sulung dalam kandungannya.

Saya aturkan gerakan bersama kakitangan Pejabat DUN N70 Kukusan, semalam, untuk melihat sendiri keadaan adik ini.

Disebabkan PKP, suaminya diberhentikan kerja dalam pengurangan kakitangan, dia pula sarat mengandung anak pertama yang dijangka lahir hujung bulan ini.

Jujur saya tidak akan dapat merasakan apa yang dialami bakal ibu muda ini. Hanya mereka sahaja tahu dilema mereka sekeluarga.

Semoga urusan adik ini, bersama suami dan keluarga dipermudahkan Allah SWT.

Buat penduduk/pengundi Kukusan yang berdepan masalah seperti adik ini atau mungkin ada masalah lain, boleh hubungi CARELINE KUKUSAN di talian 016-8034767 atau 014-3009517.

Kongsi masalah anda, InsyaAllah kita sama-sama cari jalan penyelesaiannya.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.