Sungkai Bersama Anak-Anak Dan Ahli Kariah Masjid Di Kg Jawa Lanut

Meriahnya suasana berbuka puasa di Masjid Nurul Taqwa, Kg Jawa Lanut, hari ini dengan kehadiran ramai orang daripada pelbagai lapisan umur termasuk kanak-kanak.

Saya difahamkan, situasi ini bukan bermusim, sebaliknya memang menjadi tradisi masyarakat di sini hadir ke masjid untuk berbuka puasa beramai-ramai seterusnya menunaikan solat Maghrib hingga Tarawih bersama.

Seperti juga masjid sebelum ini yang pernah saya lawati, penduduk di sini juga bekerjasama membawa juadah berbuka mengikut giliran atau jadual yang telah ditetapkan sejak awal Ramadan.

Kesepakatan inilah yang harus dijadikan contoh dalam masyarakat kita untuk kehidupan lebih harmoni.

Terima kasih kerana sudi menerima kunjungan saya bersama pasukan Pejabat ADUN N70 Kukusan.

Selamat meneruskan ibadah di 10 malam terakhir Ramadan, tahun ini.

RJ
ADUN N70 KUKUSAN
25 April 2022

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published.