Sungkai Bersama Ibu-Ibu Di Kg Jawa

Alhamdulillah, dalam kesibukan menguruskan keluarga, mengambil anak di sekolah dan sangkut ‘jammed’ , saya selamat tiba di kediaman Kak Alicia Ally Araludin, untuk berbuka puasa bersama lebih 30 wanita di Kg Jawa.

Sempat juga kami berborak, berkongsi pendapat dan masalah dengan kaum hawa yang hadir di samping membincangkan isu keluarga, tempat tinggal dan politik.

Jauh disudut hati saya, sangat mengagumi mereka kerana tabah dan cekal bersama perjuangan parti WARISAN biarpun terus dimomokkan sebagai parti pembangkang.

Terima kasih kerana menyokong saya dan pucuk pimpinan parti WARISAN, dan kerana sokongan akar umbi beginilah memberi kekuatan kepada kami untuk terus berjuang demi rakyat.

Terima kasih Kak Alicia kerana sudi menjadi tuan rumah dan masak sup tulang yang enak buat kami berbuka.

Terima kasih juga kepada ADUN N69 Sri Tanjong kerana turut menyumbangkan kurma kepada tetamu yang hadir. Tidak lupa juga kepada penyumbang nasi beriyani untuk program berbuka kami selama dua hari berturut-turut.

Semoga diberikan kesihatan dan kebahagiaan buat semua.

RINA HJ JAINAL
ADUN N70 KUKUSAN
28 April 2022

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.