Sungkai Dan Tarawih Di Kg Seri Menanti

Susulan lawatan minggu lalu, semalam, saya meluangkan masa sungkai di Surau Al-Muttaqim, Kampung Seri Menanti.

Sedikit perkongsian, berdasarkan bancian yang dilakukan, ramai pengundi di kampung ini adalah pengundi Sri Tanjong.
Justeru, saya mempelawa ADUN N69 Sri Tanjong YB Justin Wong untuk hadir sama berbuka.

Memandangkan Seri Menanti terletak di kawasan mukim Kukusan, menjadi tanggungjawab kepada saya untuk berkongsi maklumat kepada YB Justin bagi memastikan pengundi kami turut mendapat bantuan sewajarnya.

Ini adalah antara contoh kampung yang masih belum digazetkan kerajaan menjadi kampung rasmi.

Ada banyak kampung digazetkan kerajaan Negeri di Kukusan. Saya memandang serius perkara ini kerana tanpa pengiktirafan, penduduk sukar mendapatkan akses kemudahan fasiliti yang sempurna.

RINA HJ JAINAL
ADUN N70 KUKUSAN
29 April 2022

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.