

SETINGGI-TINGGI TAHNIAH
Kelab Kebajikan Komuniti Rina Jainal Kukusan Kalabakan (KERJA) dengan penuh rasa bangga ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada dua orang ahli KERJA atas pengiktirafan yang diterima sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah 2026.
Puan Chung Sin Thai @ Fatima
Ketua Masyarakat Cina Kukusan
Penerima Ahli Darjah Kinabalu (ADK)
Puan Susanti Binti Jakobus
Penyelia UPPM N.70 Kukusan
Penerima Bintang Kinabalu (BK)
Penganugerahan ini merupakan satu pengiktirafan yang amat bermakna atas jasa, khidmat bakti dan sumbangan yang telah dicurahkan kepada masyarakat.
Sebagai ahli KERJA, kejayaan kalian turut menjadi kebanggaan seluruh warga KERJA. Semoga pengiktirafan ini menjadi pembakar semangat untuk terus berbakti, menyumbang dan memberi manfaat kepada komuniti, khususnya masyarakat Kukusan.
Tahniah dan syabas Puan Chung Sin Thai @ Fatima dan Puan Susanti Binti Jakobus!
Teruskan melangkah, teruskan berbakti, dan terus menjadi inspirasi kepada kita semua.
Ikhlas daripada seluruh warga
Kelab Kebajikan Komuniti Rina Jainal Kukusan Kalabakan (KERJA)