Tahniah SM Islamiah Tawau

MENERIMA perkongsian gambar adik-adik calon SPM 2023 di SM Islamiah ketika mengambil keputusan SPM masing-masing.

Saya tumpang berbangga dan mengucapkan setinggi tahniah kerana sembilan pelajarnya berjaya mendapat 11A sekali gus membolehkan lima daripada mereka berjaya tersenarai sebagai top 5 pelajar

terbaik SPM (11 mata pelajaran) di Sabah.

Tahniah diucapkan kepada ibu bapa, penjaga dan guru-guru SM Islamiah kerana saya yakin disebalik kejayaan pelajar, terselit doa yang tidak pernah putus daripada anda.

Buat yang lain, ini adalah satu daripada cabaran hidup. InsyaAllah panjang lagi perjalanan adik-adik sekalian, teruskan usaha untuk menjadi insan yang berjaya dunia serta akhirat.

Berikut dikongsikan nama sembilan pelajar cemerlang SM Islamiah pada SPM 2022 yang mendapat semua A dalam 11 mata pelajaran.

1. Danish Shahrin Mohd Hussin

2. Nur Damia Hasanuddin

3. Nur Faziratul Ain Kasim

4. Nurhazimah Hamzah

5. Farzanah Nur Haziyah Daud

6. Saudah Salamat

7. Uswatul Ilmi Humairah Abdul Rahman

8. Ahmad Yusuf Al-Ammar Ismail

9. Muhammad Iman’Izzuddin Abdullah

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.