Ziarah Rakyat dan Menyampaikan Sumbangan

Lewat malam semalam mendapat khabar Allahyarhamah Dayang Fouziah binti Dato Bistari telah meninggal dunia petang kelmarin. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islamiyah pagi ini.

Sebelum menghadiri mesyuarat pagi tadi, saya telah melawat anak-anak arwah yang baru sahaja pulang dari tanah perkuburan dan sedang membersihkan diri masing-masing. Kebetulan juga rumah kediaman arwah di Tmn Ria 3 terletak dalam kejiranan saya.

Seterusnya, saya telah mewakilkan Bendahari dan AJK Wirawati Bahagian Kalabakan untuk melawat dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada seorang adik yang menghidapi penyakit buah pinggang di Tmn Semarak.

Mereka juga mewakilkan saya menyampaikan sedikit sumbangan kepada seorang anak kecil berumur 3 tahun yang cacat penglihatan di Kg Tg Batu. Semoga mereka yang ditinggalkan terus berdoa untuk mereka yang sudah pergi, dan mereka yang sedang menghadapi dugaan diberikan kesabaran serta kekuatan.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.