Ziarah Rakyat di Kg Jawa

Saya mendapat maklumat mengenai keadaan seorang wanita berusia 38 tahun yang uzur di Kg Jawa, baru-baru ini.

Tergamam seketika apabila dia bergerak sambil kantung/beg plastik untuk pembuangan air kecil beliau tersangkut di pinggang.

Berbaur rasa apabila melihat keadaan adik ini. Kami sempat berbual dan bercerita termasuk kisah dia sekeluarga.

Katanya berat untuk dia menghubungi saya menyampaikan masalah yang dihadapi mereka sekeluarga.
Adik, jangan pernah segan menghubungi Kakak atau team Pejabat ADUN N70 Kukusan. Jangan pendam masalah adik seorang diri.

Selagi kakak boleh membantu, kakak akan cuba sehabis baik. Itu tanggungjawab kakak kepada masyarakat di Kukusan.

Bukan kamu yang dibantu, sebaliknya kamu membantu saya menjalankan tanggungjawab sebagai wakil rakyat di sini.

Begitu juga dengan orang lain, jika ada masalah yang memerlukan tindakan pihak kami, jangan segan hubungi Pejabat ADUN N70 Kukusan atau Parti Harapan Rakyat Sabah.

RINA HJ JAINAL
TIMBALAN PRESIDEN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH
merangkap ADUN N70 KUKUSAN

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.