Edit Content

Semangat Sabah Maju Jaya Yang Kita Banggakan

Belabuhnya Tirai DUN Sabah Tahun 2025

Mesyuarat Pertama Penggal Kelima Tahun 2025 DUN Sabah Yang Ke-16

Pre council Mesyuarat Pertama Penggal Kelima DUN Sabah Ke-16

Istiadat Pembukaan Penggal Ke-5 Tahun 2025 DUN SABAH Ke-16

 Skim Insurans Rakyat Sabah

Kerajaan dah sediakan,sekarang giliran kita manfaatkan. Skim Insurans Rakyat Sabah ini untuk kita semua.

Ramai mungkin belum tahu, skim ini boleh bantu ketika saat paling sukar dalam hidup bila berlaku kemalangan, hilang upaya, atau kematian mengejut.

Kerajaan Negeri Sabah telah menyediakan perlindungan insurans secara PERCUMA untuk rakyat Sabah melalui Skim Insurans Rakyat Sabah.

Antara manfaat yang rakyat boleh dapat ialah pampasan sehingga RM10,000 jika berlaku kemalangan dan sumbangan pengebumian sebanyak RM500.

Skim ini amat penting bagi golongan B40, warga emas, pekerja sendiri dan mereka yang tidak dilindungi KWSP atau PERKESO.

Sebagai pemimpin kawasan, saya menyokong penuh inisiatif ini yang benar-benar membantu rakyat. Bila berlaku musibah, setidaknya ada bantuan yang boleh meringankan beban keluarga.

Jika anda lahir di Sabah dan berumur antara 30 hari hingga 80 tahun, anda layak. Lindungi diri,lindungi keluarga. Jangan tunggu sampai terlambat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2025, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.