Apa Cerita Pan Borneo di Sabah?

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Saya tertarik apabila membaca satu artikel bertajuk ‘Pan Borneo Siap Paling Awal September 2022 – Fadillah Yusof’ , kenyataan Menteri Kerja Raya, semalam.

Namun, apabila membacanya ia lebih kepada rakyat Sarawak yang mana kenyataan itu merujuk kepada projek Lebuhraya Pan Borneo (LPB) di sana.

Menteri datang buat kali kedua dalam tempoh sebulan ke sana susulan aduan rakyat berhubung prestasi pembinaan LPB mencakupi jajaran antara Sarikei dan Bintulu.

Namun, apa cerita LPB di Sabah? Jika ada yang mengatakan mungkin disebabkan Menteri adalah MP dari Sarawak, apa kurangnya dengan Timbalan Menteri Kerja Raya sekarang, MP dari Pensiangan, Sabah.

Sejak dilancarkan PM Ke-6 pada 2015, banyak peruntukan telah diluluskan ketika itu, menurut beliau. Secara keseluruhan RM12.86 billion diperuntukkan untuk membina LPB di Sabah.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2017/11/352311/rm26b-untuk-6-pakej-pan-borneo-sabah-pm

Saya rasa Menteri Kerja Raya pun sedia maklum perkara ini kerana ketika itu, beliau turut menjawat jawatan sama.

Jika kementerian boleh mengambil kira aduan rakyat, justeru, saya berharap perkara sama turut dilakukan di Sabah.

Timbalan Menteri juga anak jati Sabah, seharusnya turut mengambil kira kebaikan di sini. Saya mengambil contoh laluan dari Tawau ke check point berhampiran simpang Kunak-Semporna, rasanya sudah lama terbiar begitu saja. Dari kawasan itu dirasakan, kini sudah ditumbuhi semak samun, tiada tanda kerja pembinaan dilakukan.

Justeru, saya berharap dengan pengumuman dan keprihatinan Menteri mengenai LPB di Sarawak, situasi yang sama turut diberikan pada LPB di Sabah.

Bukankah tujuan Kerajaan Negeri GRS menyokong Kerajaan Pusat adalah demi memudahkan kemajuan di Sabah ini? Jadi, buktikan.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.