




Kita tahu keadaan sekarang bukan mudah. Kos barang keperluan, belanja dapur dan persekolahan anak-anak semakin terasa. Ada keluarga yang terpaksa berjimat dan berkira untuk mencukupkan keperluan harian.
Sebab itu saya menyambut baik usaha YAPEIM melalui Bulan Infak YAPEIM Sabah 2026 di Perpustakaan Cawangan Tawau.
Sebanyak RM50,000 sumbangan disalurkan menerusi empat inisiatif:
* RM15,000 untuk 150 bakul makanan kepada keluarga miskin dan mangsa bencana.
* RM15,000 bantuan pendidikan kepada 100 pelajar.
* RM10,000 kepada dua orang usahawan untuk mengembangkan perniagaan.
* RM10,000 kepada PPD Kunak bagi pelaksanaan Karnival Gemilang PIBKS.
Saya turut mengambil peluang menyumbang RM10,000 sebagai infak untuk menyokong usaha kebajikan ini.
Bagi saya, dalam keadaan kehidupan yang semakin mencabar, kita perlu lebih peka dengan keadaan orang sekeliling. Ada keluarga yang perlukan bantuan makanan, anak-anak yang perlukan sokongan pendidikan dan usahawan kecil yang perlukan peluang untuk terus maju.
Kita jangan biarkan ada golongan yang tertinggal. Di saat ada keluarga yang masih bergelut memenuhi keperluan harian, kita yang mempunyai kemampuan perlu tampil berkongsi rezeki. Kebajikan rakyat tanggungjawab kita bersama.
Terima kasih YAPEIM dan semua penyumbang. Semoga setiap infak menjadi amal jariah dan membawa manfaat kepada mereka yang memerlukan.