Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

 Anak-Anak Hebat

Pagi tadi saya berkesempatan menghadiri Majlis Penyampaian Anugerah Biasiswa Cemerlang Negeri Sabah Siri Ke-37 di SICC yang disempurnakan oleh YAB Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor.

Seronok melihat anak-anak kita menerima penghargaan atas usaha dan pencapaian mereka dalam pelajaran. Ada yang datang dari SM St. Patrick, SM Islamiah Tawau, SMK Tawau dan beberapa sekolah lain di Tawau.

Seramai 18 pelajar dari Tawau menerima anugerah pada kali ini.

Setiap kejayaan tentu ada usaha, pengorbanan dan sokongan daripada keluarga serta guru-guru. Tahniah kepada semua penerima. Teruskan melangkah dan kejarlah cita-cita masing-masing.

Semoga kejayaan hari ini menjadi pembakar semangat untuk anak-anak kita terus melakar kejayaan pada masa akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.