Ziarah & Sumbangan Untuk Keluarga Allahyarham Hj Awang Damit & Allahyarhamah Rahmatia binti Basi

Innalillahiwainnailaihirojiun.

Turut berdukacita atas pemergian insan-insan ini:

Allahyarham Hj Awang Damit (AJK RT Kg Muhibbah Bal)
Allahyarhamah Rahmatia binti Basi (ibu mertua kepada Setiausaha Wirawati Warisan P191 Kalabakan)

Saya telah melawat isteri kepada Allahyarham di kediaman keluarga mereka di Kg Muhibbah Bal dengan membawa kuih-muih dan sumbangan air mineral untuk bacaan tahlil keluarga semalam.

Merungkai saat-saat arwah menghembuskan nafas terakhir, saya mendoakan agar Pn Masniah Sakun dan anak-anak diberikan semangat kekuatan menghadapi dugaan ini.

Saya turut mengirimkan sumbangan yang sama kepada Pn Haisa mewakili keluarga arwah mertuanya disebabkan kediaman mereka di Kg Baru Pasir Putih terlibat dengan PKPD.

Semoga Allah memaafkan dosa-dosa mereka, diberikan kesejahteraan dan rahmat, ampunkanlah mereka.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.