



Alhamdulillah, saya bersama asnaf dan warga Jabatan Perkhidmatan Am Sabah Daerah Tawau, Semporna dan Lahad Datu di Dewan Anis TDKKU Sri Stella Tawau.
Kita duduk semeja, dengar ceramah daripada Ustaz Mohammad, dan santuni 30 anak yatim yang diraikan.
Turut hadir Tuan Jais Bin Asri, Pengarah Perkhidmatan Kebajikan Am Sabah.
Saya juga menyumbang sumbangan kewangan bagi meringankan beban anak-anak ini.
Bersama juga Puan Didie Alias yang menyampaikan bakul makanan kepada penerima.
Ramadan ini tentang hadir, peduli dan berkongsi.
Kalau ada yang perlukan perhatian, maklumkan pada saya. Kita usaha sama-sama.
KITA JAGA BERSAMA