


Alhamdulillah, baru-baru ini saya berkesempatan merasmikan pembukaan RICH COLDSTORAGE di Tawau.
Saya bangga melihat anak tempatan, khususnya usahawan Muslim, berani membuka perniagaan sendiri.
Usaha seperti ini patut kita banggakan kerana mereka turut membuka peluang untuk ekonomi masyarakat kita berkembang.
RICH COLDSTORAGE menyediakan ayam segar, barangan sejuk beku dan pelbagai keperluan makanan untuk kemudahan warga Tawau.
Jadi, marilah kita beri peluang kepada perniagaan anak tempatan untuk maju.
Sokongan kita sebagai pelanggan mungkin nampak kecil, tetapi besar maknanya buat mereka yang sedang membina perniagaan.
Selamat maju jaya buat RICH COLDSTORAGE!