Semalam sempat bertegur sapa dan berbual santai bersama Datuk Flovia Ng, Pengerusi Perkasa Hotel Sdn Bhd yang singgah sebentar di pejabat sebelum mengadakan kunjungan hormat kepada YBM KWKKR. Walaupun pertemuan ringkas, namun tetap menjadi ruang untuk bertegur sapa dan mengeratkan…
Alhamdulillah, saya telah merasmikan Program Sentuhan Kasih JHEWA sempena Sambutan Hari Ibu 2026 yang berlangsung dalam suasana penuh mesra dan bermakna. Program ini diadakan sebagai tanda penghargaan dan penghormatan kepada seluruh golongan ibu yang menjadi tonggak penting dalam membentuk sebuah…
Pemergian beliau memang terasa buat warga Taman Univilla. Sebagai Pengerusi KRT, banyak beliau bantu gerakkan komuniti dan jaga kebajikan penduduk di peringkat akar umbi. Saya sendiri sempat kirim salam kepada Allahyarham melalui staf UPPM N70 Kukusan ketika ziarah di wad…
Syukur pagi ini dapat bersama-sama memeriahkan Program Fun Run Kaamatan yang berlangsung di Stadium Hoki Likas, Stadium Hoki Likas. Saya turut diberikan penghormatan untuk melepaskan para peserta sebagai simbolik permulaan larian yang menghimpunkan masyarakat pelbagai lapisan dalam suasana penuh semangat,…
Sempena ulang tahun kelahiran ke-75 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Musa Haji Aman, satu majlis penyampaian sumbangan telah diadakan melibatkan beberapa pusat komuniti dan kebajikan di daerah Tawau iaitu: 1. Taman Didikan Kanak-kanak…
Sempena sambutan Hari Guru, saya menyampaikan 16 biji kek kepada 16 buah sekolah di DUN Kukusan sebagai simbol terima kasih atas jasa dan pengorbanan para pendidik. Guru mengajar ilmu, membentuk akhlak serta menjadi inspirasi dalam kehidupan anak-anak kita. Saya amat…
Guru adalah insan yang mencurahkan ilmu, membentuk sahsiah dan menjadi tonggak penting dalam melahirkan generasi yang berilmu serta berakhlak. Terima kasih atas segala jasa, pengorbanan dan dedikasi para pendidik yang tidak pernah jemu mendidik anak bangsa demi masa depan negara.…
ALHAMDULILLAH selesai menyampaikan sumbangan sedekah jumaat sebanyak 100 tapau di Masjid Babussaadah Kg Muhibbah Raya. Saya telah mewakilkan PPM Kukusan Tuan Sukardi Mashuri dan Kakitangan UPPM N.70 Kukusan menyampaikan kepada warga kukusan di Kg Muhibbah Raya. Semoga sedikit sumbangan ini…
Minggu lalu, saya menyampaikan sumbangan 30 buah kerusi kepada anak-anak Tadika KEMAS sebagai usaha kecil bagi membantu menyediakan suasana pembelajaran yang lebih selesa dan kondusif buat mereka. Pada masa yang sama, saya turut mendengar beberapa pandangan dan luahan daripada pihak…
SABTU lepas saya dijemput menyaksikan pemeteraian MOU antara syarikat media Sabah dan Kalimantan Utara. Fokusnya jelas kukuhkan hubungan dua wilayah jiran, dan paling penting, lawan penularan berita palsu yang makin berleluasa di media sosial. Saya menyambut baik usaha ini, kerjasama…