Guru Sekolah Di Sabah Hebat!!! Juara Pertandingan Bahas Guru KPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Sekalung tahniah saya ucapkan buat pasukan bahas guru Sabah kerana berjaya memenangani pertandingan Bahas Guru Kebangsaan, semalam.

Penutupan bulan Mac yang baik apatah lagi kali terakhir memenangi pertandingan berkenaan 18 tahun lalu.

Pasukan Sabah memenangi pusingan separuh akhir menentang pasukan Selangor dengan membahaskan usul, Arus Kecil di Aliran Perdana, Ibarat Abu di Atas Tunggul. Kemenangan ini membawa pasukan Sabah ke peringkat akhir menentang pasukan Kelantan.

Keputusan Penuh Pertandingan Akhir
Usul: Generasi Alfa Umpama Tikus Jatuh ke Beras
Pemenang: Sabah (Kerajaan)
Pembahas terbaik: Kamarudin Ismail (Sabah)

Johan: Sabah
Naib Johan: Kelantan
Ketiga: Selangor
Keempat: Putrajaya

Pembahas Sabah diwakili oleh:

  1. Cikgu Mohd Redzwan Abd Majid – SK Kg. Suan Lamba, Kinabatangan
  2. Cikgu Inra Darmensa – Kolej Vokasional Beaufort
  3. Cikgu Kamarudin Ismail – SMK Desa Kencana, Lahad Datu
  4. Cikgu Abd Wahab Abd Hamid – Sekolah Agama Suria, Tuaran
  5. Cikgu Avralinetine Epin – SK Pekan Pitas II

Jurulatih:

  1. Pn. Jamilah Ahmad – SK Bahagia, Tawau
  2. Tn. Dexter Silam – IAB Cawangan Sabah

Pengurus Pasukan:

  1. Tn. Awang Jaya Awang Damit – JPN Sabah

Tahniah daripada saya untuk semua yang terlibat.

Kredit gambar dan info:
FB Jamilah Ahmad

RJ
ADUN N70 KUKUSAN
31 Mac 2022

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.