Kenyataan Media: Jalan Berlubang dan Tergantung Akibat Runtuhan di Jalan Tanjung Batu Tengah / Hilltop

KENYATAAN MEDIA

TARIKH: 15 FEBRUARI 2021

JALAN BERLUBANG DAN TERGANTUNG AKIBAT RUNTUHAN DI JALAN TANJUNG BATU TENGAH/HILLTOP

1. Disember lalu, Pejabat DUN Kukusan menerima aduan orang ramai berhubung jalan berlubang dan tanah runtuh di Jalan Tanjung Batu Tengah/Hilltop.

2. Hasil pemantauan yang dilakukan, memang terdapat runtuhan tanah berlaku di bahagian bawah jalan berturap di situ.

3. Terdahulu, jalan berkenaan sering menjadi laluan utama penduduk di kawasan sekitar termasuk kenderaan membawa pelajar sekolah di situ. Dianggarkan ratusan kenderaaan akan melalui kawasan berkenaan setiap hari.

4. Berhubung masalah runtuhan itu, pernah berlaku kemalangan menyebabkan penunggang motosikal terbabas akibat gagal mengelak lubang berkenaan sehingga menyebabkannya terjatuh dan cedera.

5. Enggan kemalangan berulang, saya segera ajukan perkara ini kepada JKR Tawau sejak Disember tahun lalu, untuk tindakan lanjut memandangkan ia memerlukan siasatan terperinci (sejauh mana tahap kerosakan) sebelum kerja baik pulih dilakukan.

6. Ketika itu dimaklumkan mereka sedang menunggu peruntukan yang sudah mereka pohon sebelum itu.

7. Saya turut berhubung dengan pihak konsesi berkaitan agar memastikan masalah ini diselesaikan segera.

8. Saya difahamkan, pihak konsesi berkaitan juga sudah menghantar maklumat kepada JKR dan sedang menunggu kelulusan dari kerajaan Negeri, namun sehingga kini, masih tiada maklum balas diterima.

9. Selepas kira-kira 2 bulan tertangguh, saya berharap kerajaan negeri, JKR dan pihak berkaitan memandang serius perkara ini kerana ia membabitkan keselamatan orang ramai.

10. Tambahan pula hujan lebat dan banjir kini kerap berlaku di kawasan tersebut memungkinkan keadaan menjadi semakin buruk di bahagian bawah tar menyebabkan jalan di situ ‘tergantung’.

11. Selain itu, saya juga menerima aduan awam berhubung langkah penyelesaian sementara yang dilakukan konsesi di situ, iaitu dengan memasang pita amaran dan kon sebagai tanda amaran kepada pengguna jalan raya adalah tidak memadai.

12. Orang ramai meminta ada baiknya jika kawasan tersebut ditutup/ditanda dengan kon lebih besar bagi mengelakkan pengguna jalan raya terbabas dan mengalami kemalangan di situ.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.