Ziarah Kasih DUN Kukusan: Hadir Bertanya Khabar, Meringankan Beban

Kesihatan Kita, Keutamaan Bersama

Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

 Keadaan Sesak di PPV Dewan Masyarakat Tawau

Assalamualaikum www dan salam sejahtera

Petang semalam, mendapat perkongsian video daripada follower FB saya berkaitan keadaan di PPV Dewan Masyarakat Tawau.

Katanya keadaan tetap sesak terutamanya untuk walk-in vaksinasi. Saya difahamkan ada yang telah datang lebih dari sekali untuk mencuba nasib divaksin.

Ada yang tiba seawal jam 6 pagi, namun, pemberian nombor giliran hanya bermula pada jam 2 petang dan terhad kepada 200 nombor.

Dan menerusi FB Pejabat Kesihatan Tawau, program walk-in dan 1st dos ditangguhkan di semua PPV Tawau ditangguhkan. Sedangkan rakyat perlu bersuntik awal untuk kerja dan membeli barang keperluan.

Ada yang dapat temu janji vaksin pula, namun lokasinya jauh sehingga ke Penampang, Kota Belud, Tuaran dan sebagainya, sedangkan mereka menetap di Tawau dan Kalabakan.

Kos RM70juta untuk pembangunan PICK/pangkalan data MySejahtera bukanlah sedikit, namun, kesilapan seperti lokasi yang jauh seperti itu, tidak seharusnya berlaku.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.