Berjaya Menyelesaikan Masalah Penempatan Encik Wong Su Hein

Assalamualaikum www dan salam sejahtera

Semalam, kakitangan Pejabat DUN N70 Kukusan berjaya menyelesaikan masalah penempatan Encik Wong Su Hein sebagai kediaman baharu selepas pemergian neneknya, tidak lama dahulu.

Encik Wong menghubungi Pejabat DUN N70 Kukusan dan menyuarakan hasratnya mencari tempat berteduh memandangkan dia kini tinggal sebatang kara.

Bukanlah banglo dipintanya, sebaliknya hanya sebuah bilik sewa sebagai tempat tinggal. Menurutnya, pihak gereja berbesar hati membayar sewa bulanan bilik tersebut.

Alhamdulillah, dengan bantuan kakitangan Pejabat DUN N70 Kukusan, satu bilik sewa untuk Encik Wong berjaya ditemui sekitar Jalan Kuhara.

Semoga ia dapat meringankan sedikit beban Encik Wong.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.