Kenyataan Media: Susulan Jalan Berlubang dan Tergantung Akibat Runtuhan di Jalan Tanjung Batu Tengah/Hilltop

KENYATAAN MEDIA TARIKH: 25 FEBRUARI 2021

SUSULAN JALAN BERLUBANG DAN TERGANTUNG AKIBAT RUNTUHAN DI JALAN TANJUNG BATU TENGAH/HILLTOP

1. Pada 17 Februari lalu, saya menerusi Pejabat DUN N.70 Kukusan mengeluarkan kenyataan media aduan orang ramai berhubung kerosakan jalan raya di Jalan Tanjung Batu Tengah/Hilltop.

2. Berita baik telah diterima apabila saya dimaklumkan oleh JKR, bahawa kerja pembaikan mula dilakukan semalam (24/02/2021).

3. Wakil Pejabat DUN N.70 Kukusan juga turut melawat lokasi dan mendapati kerja-kerja baik pulih sedang giat dilakukan.

4. Saya difahamkan kerja baik pulih dijangka mengambil masa selama satu minggu untuk disiapkan bergantung kepada keadaan semasa.

5. Justeru, saya berharap orang ramai bersabar dengan sebarang kesulitan termasuk kesesakan lalu lintas sepanjang proses baik pulih dilakukan.

6. Bagaimanapun, dengan kerja baik pulih yang dilakukan JKR ini, ia satu perkembangan baik dalam memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya khususnya penduduk sekitar.

7. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua pihak berkaitan kerana memberi perhatian terhadap aduan yang diutarakan penduduk menerusi Pejabat DUN N.70 Kukusan.

8. Kerjasama sebegini amat diperlukan dalam menjaga kebajikan, keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

9. Terima kasih juga diucapkan kepada media cetak dan eletronik kerana turut sama melaporkan masalah yang dihadapi penduduk Kukusan.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.