Lawatan Ke Kediaman Mangsa Kebakaran Sungai Imam

ISNIN lepas, saya menerima khabar duka melalui Wanita GRS Puan Zainab Penyelaras Kalabakan, berkenaan dengan kediaman Puan Nor Farahin Binti Assan yang terbakar di Kg Sungai Imam.

Beliau yang tinggal dengan adik-beradik yang lain tidak sempat menyelamatkan barangan memandangkan api merebak terlalu cepat.

Saya bersama Wanita GRS,RJ team dan Wanita Kukusan hadir memberikan bantuan bakul makanan dan wang tunai bagi meringankan beban mereka. Saya juga mencadangkan pembinaan rumah SMJ dan meminta pengurusan dokumentasi di tanah kediaman mereka secepat mungkin untuk mendapatkan kuota.

Semoga beliau dan keluarga di berikan kesabaran dan ketabahan dalam menjalani ujian besar ini.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.