Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah Agama Rakyat Masjid Quba, Taman Semarak, Tawau

HARI ini, saya berkesempatan memenuhi undangan perasmian Majlis Anugerah Kecemerlangan Sekolah SAR Masjis Quba, Taman Semarak di Hotel Emas, Tawau.

Tahniah saya ucapkan kepada murid yang berjaya serta pihak sekolah kerana berjaya melahirkan anak yang cemerlang bukan sahaja dalam pendidikan tetapi seiring dengan pembangunan sahsiah dan didikan agama Islam.

Dalam pada itu, saya turut menyentuh mengenai keperluan pembinaan sebuah lagi sekolah agama Islam di Tawau bagi menampung keperluan pendidikan aliran berkenaan yang tinggi di Tawau.

Perkara ini sudah saya bawa ke dalam persidangan DUN Sabah sebelum ini, dan saya berharap agar mendapat perhatian daripada pihak kerajaan.

Ketika ini hanya sebuah sekolah menengah aliran agama Islam di Tawau iaitu SM Islamiah yang terletak di mukim Kukusan.

Bagaimanapun, masih ramai permohonan untuk belajar di sekolah berkenaan tidak diluluskan kerana kadar bilangan pelajar di situ mencapai tahap maksimum.

RINA HJ JAINAL

Setiausaha Politik Kepada Menteri Kewangan Negeri Sabah

merangkap ADUN N70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.