Menyerahkan Sumbangan Rehal Dan Melawat Sekolah Agama Al-Fateh Taman Ria 1

Akhirnya dapat bertemu tenaga pengajar dan membuat lawatan ringkas melihat peningkatan pembangunan Sekolah Agama Al-Fateh. Terima kasih Pengetua sekolah, ustaz Rozali yang bersama-sama mengiringi kedatangan kami.

Saya telah menyumbangkan 30 unit sumbangan rehal yang sebelum ini pihak pejabat saya turut menyampaikan sumbangan yang sama hasil permohonan kami daripada Baitulmal. Sumbangan peribadi saya adalah untuk melengkapkan kekurangan keperluan mereka.

Saya juga mencadangkan agar sudut membaca/ mini perpustakaan dilaksanakan secara bergotong-royong dan ingin terlibat menyumbang buku-buku bacaan untuk anak-anak pelajar.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.