




Pagi ini UPPM N.70 Kukusan PPM Kukusan Tuan Sukardi Mashuri telah mewakili saya menghadiri Majlis Pelancaran Program IMPAK 4.0 di SM Holy Trinity, Tawau.
Pada masa yang sama, saya menghadiri Majlis Perasmian Minggu Promosi Kesihatan Pergigian 2026 Peringkat Negeri Sabah di Kota Belud, menyebabkan saya tidak dapat bersama-sama dalam program tersebut.
Program IMPAK 4.0 menghimpunkan pelbagai pengisian yang memberi manfaat kepada ibu bapa, pelajar dan masyarakat.
Antaranya Bicara Pendidikan, perkongsian Sekolah Dalam Hospital, kaunter perkhidmatan Tabung Haji, Bank Islam, saringan kesihatan, demonstrasi pembuatan coklat serta cabutan bertuah.
Tahniah kepada penyelaras program impak 4.0 Dr Rozalinah dan seluruh jawatankuasa atas usaha menganjurkan program yang bukan sahaja mengeratkan hubungan antara sekolah, ibu bapa dan agensi, malah turut membuka ruang kepada masyarakat untuk mendapatkan maklumat, perkhidmatan dan pendedahan yang bermanfaat.
Apabila sekolah, ibu bapa dan pelbagai agensi berganding bahu, insya-Allah kita mampu melahirkan generasi yang lebih berilmu, sihat dan bersedia menghadapi masa depan.