Majlis Perhimpunan Ma’Al Hijrah 1445H/2023M Peringkat Perbandaran Tawau

SAYA tiba di Masjid Al Khauthar bagi menyertai Majlis Perhimpunan Ma’al Hijrah 1445H/2023M Peringkat Perbandaran Tawau, pagi ini.

Perubahan diri menjadi lebih baik merupakan satu penghijrahan yang sangat dituntut dalam Islam. Oleh itu, marilah sama-sama kita menjadikan permulaan tahun baharu ini sebagai titik tolak untuk meningkatkan keazaman serta berubah dari segi amalan dan perbuatan baik seharian seterusnya mengharapkan rahmat ALLAH SWT.

Bagi merealisasikan impian tersebut, kita hendaklah memiliki keazaman yang tinggi, disiplin dan istiqamah dalam melakukan perubahan. Sentiasa bermuhasabah diri dan tanamkan sifat keinginan mahu berubah dengan niat ikhlas serta lakukannya dengan bersungguh-sungguh.

Semoga ketibaan tahun baharu ini memberi seribu nikmat dan keberkatan di samping dapat melatih diri untuk menjadi insan yang bertakwa kepada Allah SWT dan rasul-NYA.

Terima kasih dan tahniah kepada penganjur iaitu JHEAINS dan MPT kerana berjaya merealisasikan majlis ini.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.