Menziarahi Madrasah Ma’had Tahfiz Al-Quran Ashabusyahid

Sekali lagi saya menziarahi Madrasah Ma’had Tahfiz Al-Quran Ashabusyahid yang dihuni remaja dan kanak-kanak perempuan dari pelbagai tempat di Tawau dan Kalabakan.

Biarpun serba kekurangan, ia tidak mematahkan semangat mereka untuk terus belajar dan menghafaz Al-Quran.

Saya sendiri meneliti keperluan pelajar terbabit termasuk papan putih (whiteboard) yang lama dan kurang sesuai digunakan untuk pembelajaran.

Banyak lagi sebenarnya keperluan madrasah ini. Sesiapa yang ada kelebihan mahu berkongsi rezeki, boleh menghubungi pihak madrasah berkenaan untuk melihat serta menilai sendiri keperluan mereka.

Alamat kediaman : 1 Jalan 3 No Rumah 13733, Bandar Sri Indah. (Berhampiran jalan ke masjid BSI)

RINA HJ JAINAL
TIMBALAN PRESIDEN PARTI HARAPAN RAKYAT SABAH
merangkap ADUN N70 KUKUSAN

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.