PPS Kg Sri Menanti Diaktifkan Untuk Mangsa Kebakaran

PKOB Daerah Tawau mengambil langkah proaktif dengan membuka Pusat Penempatan Sementara (PPS) di balai raya Kg Sri Menanti, semalam, bagi menempatkan 37 mangsa kebakaran daripada tujuh keluarga di situ.

Saya sendiri sekali lagi telah melawat mangsa di lokasi kejadian malam tadi bagi meninjau PPS yang telah dibuka.

Dalam pada itu, saya, bersama Ketua Polis Daerah Tawau ACP Jasmin Hussin dan Pegawai APM Tawau, Kapten (PA) Japli Siping turut menyerahkan sumbangan bakul makanan daripada NADMA dan wang ihsan daripada Pejabat ADUN N70 Kukusan.

Kami akan ‘looking forward’ untuk membantu mangsa kebakaran termasuk menerusi agensi-agensi kerajaan berkaitan bagi meringankan beban mangsa.

Orang ramai yang ingin menghulurkan bantuan kepada mangsa kebakaran boleh terus ke Balai Raya Kg Sri Menanti untuk berbuat demikian.

RINA HJ JAINAL
Timbalan Presiden Parti Harapan Rakyat Sabah
merangkap ADUN N70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.