Raya Meriah, Sampah Menggila

Saya menerima kiriman longgokan sampah berhampiran City Fresh Hilltop, pagi ini.

Pemandangan pagi amat menyakitkan mata dan hati.

Saya sedar musim cuti begini pekerja konsesi kutipan sampah juga mungkin sedang cuti, lebih-lebih lagi sempena Raya terkejut, semalam.
Apa yang menghairankan tong sampah besar itu kelihatan KOSONG, tetapi longgokan sampah penuh di luar malah sehingga kawasan parkir kenderaan.

Saya berharap penduduk juga lebih bertanggungjawab. Buang sampah dalam tong sampah yang disediakan.

Ia akan memudahkan pihak konsesi melakukan kerja pembersihan selain sampah berkenaan tidak diselongkar haiwan sehingga menyebabkan kawasan itu lebih kotor dan berbau busuk.

TOLONG BERTIMBANG RASA. Nasihatkan anak-anak kita yang ditugaskan membuang sampah.

Kita diberikan akal yang sempurna, cukup sifat dan anggota badan, kerahkan sedikit usaha untuk membuang sampah ke dalam tong disediakan.
Alang-alang sudah sampai di situ, teruslah masukkan sampah anda ke dalam tong yang ada.

Bersama kita memudahkan urusan orang dan menjaga kebersihan persekitaran.

RINA HJ JAINAL
ADUN N70 KUKUSAN
4 Mei 2022

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.