Sungai Tong Sampah Kita?

Antara masalah masyarakat kita di Tawau hari ini adalah berkaitan dengan sikap membuang sampah merata-rata. Jika diperhatikan, sikap tersebut tidak kira umur, jantina dan bangsa, ia tetap menjadi penyakit dalam diri masyarakat itu sendiri.

Baru-baru ini, Pejabat DUN N.70 Kukusan turut menerima aduan mengenai longgokkan sampah di sungai di Kampung Jawa Lanut menyebabkannya tersumbat. Jika diperhatikan, ia adalah sampah logistik iaitu yang dikumpul dari rumah, dibungkus, diikat elok-elok sebelum dibuang di sungai.

Sikap sebegini yang perlu diubah dalam diri masyarakat kita. Saya sedih melihat dalam tahun 2021, masih ada masyarakat yang kurang peka terhadap penjagaan alam sekitar dan sungai.

Masih ada bersikap malas membuang sampah dengan cara mudah iaitu mengalirkannya di sungai dengan harapan ia hilang dari pandangan mata. Hakikatnya, semua sampah sarap itu sukar lupus dan terkumpul di satu kawasan menyebabkan aliran sungai tersumbat seterusnya tercemar.Kita mungkin tidak berupaya membersihkan sampah di sungai, tapi boleh bermula dengan jangan membuang sampah di sungai.

Kumpullah sampah, jika boleh asingkan, kemudian buang di tong sampah berhampiran. Jika tiada, bawalah ia menggunakan kenderaan atau apa cara sekali pun, semasa kita pergi kerja awal pagi dan buang di rumah sampah atau tong sampah berhampiran lokasi yang kita tuju.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.