Rumah Terbuka Aidilfitri Masjid Saidina Umar Taman King Fook

Kemeriahan Syawal diraikan oleh warga masjid di Taman King Fook dengan penganjuran rumah terbuka semalam menghidangkan pelbagai makanan dan minuman yang enak dan menarik.

Sambutan oleh penduduk sekitar juga sangat menggalakkan menampakkan kesatuan komuniti setempat di bawah pimpinan pengerusi Masjid, Cikgu Hasan. Terima kasih semua atas layanannya, Hj Jainal, Ustaz Mazlan, Pn Hasmiati dan team KRT Tmn King Fook.

Alhamdulillah dapat bertemu dengan orang-orang Tmn King Fook yang bersama-sama menaik taraf surau mereka sehingga memenangi tandas surau terbersih dan tercantik di seluruh Sabah baru-baru ini.

RJ
ADUN N70 Kukusan
28 Mei 2022

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.