Akidah Bermula Dari Rumah

Menyantuni Hajja Kasma, Isteri Allahyarham Datuk Haji Samsul Alang

Ziarah Kasih: Mendoakan Kesembuhan Imam Alil Matran di ICU Jantung

Ziarah Kasih PPR Gudang 4

Aduan Diterima, Tindakan Terus Dibuat

Membina Generasi Yang Menguasai Teknologi

Jangan Biar Anak Perempuan Kita Malu Kerana Tidak Mampu

Siapa Anak Muda Tawau Kaki Ping Pong?

Bersama Mangsa Kebakaran Lok Buta

Seorang Wanita, Seribu Perjuangan

 Salam Takziah Buat Keluarga Allahyarham Khazaruddin Kahar

Salam takziah buat keluarga Allahyarham Khazaruddin Kahar. Sebentar tadi saya hadir di Masjid Raya untuk menyampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarham. Khazaruddin merupakan pemimpin muda dan penggerak akar umbi yang banyak bersama masyarakat.

Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Utara sebentar tadi. Semoga Allah SWT merahmati dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan orang yang beriman.

Dalam masa yang sama, saya turut ke bilik mayat Hospital Tawau menyantuni mantan CDO saya, Mohd Fazree Balamis, yang kehilangan nenek tersayang, Allahyarhamah Maisalamah @ Maimun bt Amit.

Jenazah akan dimandikan di Masjid Babussaadah Kg Muhibbah Raya dan dikebumikan sebelum Zohor di Tanah Perkuburan Islam Pasir Putih.

Dua berita dukacita dalam satu hari. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan dan ketabahan kepada semua keluarga yang ditinggalkan. Al-Fatihah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2026, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.