Vaksinasi Covid-19: Pejabat DUN N70 Kukusan Yakinkan Ahli Keluarga

Melihat perkembangan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini memasuki kali ketiga perlaksanaannya, saya terpanggil untuk turut turun padang bagi menggalakkan orang ramai mengambil suntikan vaksin.

Bulan lalu, Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah menyatakan hanya 12.84% dari lebih 3 juta penduduk Sabah mendaftar pengambilan vaksinasi COVID-19.

Manakala Tawau hanya 9.9% daripada hampir 450,000 penduduk yang berbuat demikian.

Secara peribadi, saya melihat jumlah itu terlalu kecil dan menunjukkan perkembangan yang tidak baik di Tawau.

Justeru, saya mengambil inisiatif untuk melakukan program outreach di kawasan penempatan penduduk khususnya kampung-kampung sekitar mukim Kukusan.

Saya mulakan dengan ibu sendiri kerana dia tidak mahu bervaksin awalnya. Selepas dapat pujuk ibu, ahli keluarga lain dan jiran tetangga, saya kemudian meminta kakitangan Pejabat DUN N70 Kukusan untuk melakukan perkara sama ke atas keluarga dan jiran mereka.

Dalam tempoh seminggu, kami memperoleh seramai 150 orang yang bersetuju divaksin dan 50 daripadanya sudah menerima suntikan vaksin pertama. Dalam masa sama, saya turut wakilkan orang masjid, untuk melawat dan mendaftarkan orang kampung seperti yang dilakukan di Kg Airport Lama.

Saya percaya, kumpulan awal ini akan menjadi kayu ukur dan ikutan kepada kenalan serta keluarga mereka yang lain untuk turut sama mendaftar sebagai penerima vaksinasi.

Ia sekali gus membolehkan kita membentuk imuniti berkelompok dalam membanteras COVID-19 di kawasan kita sekali gus kembali normal seperti yang berlaku di negara luar seperti Amerika Syarikat.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.