Ziarahi Penduduk di Uni Villa & Taman Crystal, Batu 3 ½ Jalan Apas

Sebaik menerima mesej daripada beberapa individu mengenai keperitan hidup beberapa keluarga khususnya pengundi Kukusan, saya segera meminta team frontliner Pejabat DUN N70 Kukusan untuk berusaha mencari barang keperluan.

Terus terang, menjadi pembangkang di peringkat negeri bukanlah semudah ABC dalam membantu rakyat khususnya ketika Pandemik COVID-19.

Namun, itu bukan menjadi alasan untuk kami lepas tangan. Sedaya upaya cari sumber kewangan yang ada demi meringankan sedikit beban rakyat.

Hari ini, kami berkesempatan menziarahi kumpulan penduduk di Uni Villa (belakang The Cottage). Maklumat awal mengatakan ada 3 keluarga memerlukan bantuan, namun tadi ada 5 keluarga. Minta maaf bagi yang belum dapat, InsyaAllah, kami akan salurkan bantuan lagi, memandangkan jumlah bantuan bakul makanan tadi mengikut maklumat awal yang diterima malam tadi.

Kemudian, kami bergegas ke Taman Crystal, Batu 3 ½, Jalan Apas melihat seorang ibu tunggal berbangsa Cina yang juga pengundi DUN Kukusan. Beliau menjaga kedua ibu-bapanya yang uzur.

Semoga bantuan ini dapat meringankan sedikit beban mereka.

YB RINA JAINAL
AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI N70 KUKUSAN

Hubungi CARELINE saya di 016-8034767 / 014-3009517 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.