Hari ini saya menerima kunjungan daripada Timbalan Presiden MPT Baharu, Tuan Mohd Fawzi Abdul Kadir. Dalam pertemuan ini, kami berkongsi pandangan mengenai hala tuju dan keperluan pembangunan di Kukusan, di samping bertukar idea serta pandangan demi kemajuan Kukusan dan Tawau.…
Saya merakamkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mendiang Markus Malik bin Goran atas pemergian mendiang pagi tadi. Petang ini saya berkesempatan menziarahi keluarga mendiang di kediaman mereka di Kg. Jawa bagi menyampaikan rasa simpati dan sokongan kepada ahli keluarga yang…
Setiap rumah sepatutnya menjadi tempat paling selamat untuk sebuah keluarga. Namun hakikatnya, masih ramai yang hidup dalam ketakutan akibat keganasan rumah tangga. Statistik tahun 2025 menunjukkan sebanyak 7,391 kes keganasan rumah tangga direkodkan di seluruh negara, manakala Sabah mencatatkan 554…
Pejabat ADUN N.70 Kukusan telah menyampaikan sumbangan kepada para pelajar yang akan melanjutkan pengajian serta kepada sebuah komuniti setempat bagi menyokong pelaksanaan program kemasyarakatan. Penerima sumbangan pendidikan: Nurul Waqiah Binti Qasimuddin • Melanjutkan pengajian ke Universiti Malaysia Pahang. Mohamad Haikal…
Pagi ini saya berada di Lapang Sasar Ibupejabat Polis Kontinjen Sabah bagi menyertai Ujian Kemahiran Menembak dan Pembaharuan Lesen Senjatapi Pistol Sesi 2026/2027 Kontinjen Sabah. Ujian ini menguji fokus, disiplin dan kemahiran setiap peserta dalam pengendalian senjata api mengikut prosedur…
Alhamdulillah, hari ini saya berbesar hati merasmikan Child Safeguarding Conference Sabah 2026 bagi mewakili YB Datuk Julita Majungki Menteri Wanita, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat Sabah. Persidangan yang bertemakan Building Communities That Protect ini menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, NGO, institusi pendidikan…
Innalillahi wa inna ilaihi raji’un. Saya merakamkan ucapan takziah kepada Ustaz Amin Nasir dan seluruh ahli keluarga atas pemergian puteri tersayang, Allahyarhamah Ustazah Nur Farhanah Amiliah binti Mohd Amin, Penyelia KAFA Tawau 1, yang telah kembali ke rahmatullah pada hari…
Hari ini, saya menerima kunjungan hormat daripada Puan Noor Alah Muh Tang, Train The Trainer of Food Processing & Food Preparation dari Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia, yang juga Penasihat Industri Pemprosesan Makanan Kolej Vokasional Lahad Datu. Beliau berkongsi tentang pemprosesan…
Alhamdulillah, bahu jalan untuk pejalan kaki di Lorong 10, Kg Muhibbahraya Peringkat 2 sedang dibaik pulih. Kawasan sini sekolah + rumah padat, memang selalu orang lalu. Ini sebab kita kasi siap, supaya lebih selamat dan selesa. Sekurang-kurangnya penduduk lalu-lalang setiap…