
Saya menyambut baik pemakluman oleh YB Fadhlina binti Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, berhubung penutupan sekolah di beberapa kawasan yang terjejas akibat jerebu pada 14 Oktober 2026, termasuk daerah Tawau, Sabah.
Langkah ini penting bagi mengutamakan kesihatan dan keselamatan murid, khususnya dalam keadaan kualiti udara yang boleh menjejaskan kesihatan.
Saya berharap ibu bapa dapat memantau keadaan anak-anak dan mengehadkan aktiviti luar sepanjang tempoh jerebu ini. Semoga keadaan kembali pulih dan semua urusan pembelajaran dapat berjalan seperti biasa.