Empat Guru Wanita Yang Sesat di Bukit Panchang, Tawau Berjaya Dibawa Keluar

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah, semua empat guru wanita yang sesat ketika mendaki di Bukit Panchang, Tawau, berjaya dibawa keluar kira-kira tengah malam tadi.

Difahamkan semua mangsa berusia 25 hingga 27 tahun itu ditemui penduduk kampung yang turut membantu JBPM melakukan operasi mencari dan menyelamat.

Mereka yang mengajar di sebuah tadika di Semarak Megah, hanya mengalami luka kecil akibat terkena duri sepanjang lebih 10 jam sesat di hutan.

Seorang daripada mangsa memohon maaf kepada orang ramai termasuk pihak berkuasa kerana terpaksa mencari mereka.

Mereka juga mengucapkan terima kasih atas usaha mencari dan menyelamat serta doa daripada orang ramai.

Selain penduduk kampung dan JBPM, operasi mencari itu turut disertai PDRM dan sekumpulan lebih 20 pendaki awam yang turut secara sukarela mencari mangsa sehingga tengah malam tadi.

Ini kejadian kedua berlaku orang sesat ketika dalam perjalanan turun dari Bukit Panchang dalam tempoh sebulan.

Saya berharap agar orang ramai agar lebih berhati-hati dan sentiasa beringat jika mengadakan aktiviti riadah di dalam hutan.

Ini kerana apa pun boleh berlaku ketika kita berada dalam hutan. Dalam kes ini, dikatakan penduduk kampung ada mendengar suara mangsa, namun, gagal menemuinya selepas mereka cuba bergerak ke arah suara yang didengari.

Tahniah kepada pasukan penyelamat, orang kampung, dan juga sukarelawan yang bertungkus lumus membantu mencari mangsa sehingga selamat.

Sumber: Unit Media Kukusan
RINA HJ JAINAL
ADUN N70 Kukusan

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.