Tawau Dan Kalabakan Antara Sembilan Daerah Di Sabah Yang ‘Stand Alone’

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Tawau dan Kalabakan antara sembilan daerah di Sabah yang ‘stand alone’ dan tidak dimasukkan dalam zon rentas daerah yang dikeluarkan MKN Sabah, semalam.

Ini kerana kadar vaksinasi lengkap di dua daerah masih berada di bawah paras 60 peratus daripada jumlah penduduk.
Sehingga petang semalam, Tawau berjaya mencatatkan kadar vaksinasi 56 peratus iaitu 4 peratus lagi untuk kita masuk ke zon rentas daerah.

Hari ini, saya difahamkan Konsulat Republik Indonesia (KRI) Tawau turut mengadakan pemberian vaksin kepada warganya dengan kerjasama KKM dan PKOB Tawau.

Program tersebut yang dijangka diadakan setiap Jumaat bertujuan memudahkan pemberian vaksin kepada warganya yang berada di sini.

Semoga usaha ini dapat membantu Tawau dan Kalabakan mencapai kadar imuniti berkelompok dengan lebih cepat.
Tahniah kepada Ketua Perwakilan KRI Tawau, Ibu Heni Hamidah dan kakitangan KRI yang turut bekerjasama dalam mengekang penularan COVID-19 di Sabah.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.