Antara Soalan Berkaitan Rakyat Yang Saya Utarakan

Saya kongsikan antara soalan berkaitan rakyat yang saya utarakan. Soalan ini terhasil daripada aduan, keluhan di media sosial serta pengalaman sendiri dan kenalan.

Apakah kesungguhan Kerajaan Negeri Sabah dalam menangani isu pendidikan yang mana ‘kelemahan PdPR begitu memberi kesan kepada golongan ibu bapa/penjaga kerana terpaksa menjadi guru tidak bertauliah di rumah.

Hasil pengamatan, kelemahan PdPR bukan hanya terletak pada capaian imternet semata-mata, dan ia adalah pilihan terhad kepada ibu bapa/penjaga, murid mahu pun guru.

PdPR sebenanrnya berkaitan dengan emosi, kemahiran dan tekanan/beban tugas hakiki dengan menjadi guru ‘mee segera’ di rumah bagi mengawasi anak-anak sepanjang PdPR.

Saya tidak mengatakan PdPR gagal, sebaliknya menyentuh isu kelemahan dan ia memberi kesan kepada mental serra emosi orang ramai.

Namun, jawapan yang diberikan adalah berkaitan kejayaan PdP yang diterima pakai majoriti pihak.

Mungkin JPNS lupa atau pura-pura lupa bagaimana ada guru terpaksa merentas daerah sebagai contoh dari Tawau hingga ke Semporna semata-mata untuk mencari pelajarnya agar tidak tercicir pelajaran. Duit dan perbelanjaan atas inisiatif sendiri.

Belum masuk lagi, pelajar yang terpaksa berkongsi gajet di rumah, dan banyak lagi masalah yang timbul akibat kelemahan PdPR.

Apabila ibu terjerit-jerit mengajar anak, lain lagi guru terbeban dengan konsep pembelajaran digital dan sebagainya, sehingga memberi kesan kepada kesihatan mental.

Namun, JPNS hanya menerima 12 aduan berkenaan perlaksanaan PdPR. Mahu juga saya tahu sejauh mana legitnya kajian ini? Bagaimana mereka lakukan dan apa pula 12 aduan tersebut?

Saya sangat berharap perkara ini dapat dijelaskan kepada umum, kerana saya beranggapan mustahil hanya 12 aduan sahaja diterima.

Buktikan tanggapan saya itu salah.

Hubungi 089-760969 pada waktu pejabat kami 10 pagi – 4 petang untuk pertanyaan.

ATAU,

Whatsapp CARELINE saya di 010 – 779 4767 untuk aduan dan perkhidmatan masyarakat kawasan Kukusan.

“Kamu Adu, Kami Bantu”
“You Report, We Support”
您报告我们支持

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

© 2021 - 2023, Rina Hj Jainal, YB ADUN N.70 Kukusan. All Rights Reserved.