

SAYA berkesempatan menyantuni keluarga pesakit yang berjaya melaksanakan prosedur Pembedahan Otak Dalam Keadaan Sedar (Awake Craniotomy) buat pertama kali di Dewan Bedah Hospital Tawau pada 23 Februari 2026 (Isnin).
Hadir untuk beri semangat dan sokongan moral supaya mereka rasa tidak keseorangan.
Tahniah kepada pasukan Pembedahan Saraf Hospital Tawau dan pakar bius neuro dari Hospital Queen Elizabeth (HQE) serta Hospital Queen Elizabeth II (HQE2).
Prosedur ini diketuai oleh Dr Tan Shze Ee dan Dr Andy Yap Teck Cheng, dengan sokongan Dr Ting Mei Sze dan pasukan anestesiologi Hospital Tawau.
Doa saya, semoga pesakit cepat sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala.